Friday, July 24, 2009


Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin yang terletak kira-kira 36km dari Bandar Mersing ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Bangunan sekolah ini bermula dengan hanya 2 blok bangunan yang mengadungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik seni perusahaan dan sebuah bilik sains rumah tangga.
Pada hari ini, SMK Ungku Husin sudah berkembang dan mempunyai 8 blok bangunan.
Antara kemudahannya termasuklah: #pondok jaga
# pejabat
#bilik mesyuarat
# bilik guru
# kantin
# bilik rawatan pelajar
# surau
#makmal sains
#makmal masakan
# bengkel kemahiran hidup
#bilik koperasi
# makmal komputer(3)iaitu Makmal Sultan Iskandar,Makmal Haji Mustapha,Pusat Akses
# studio seni, perpustakaan
# bilik media
#dewan besar
Terdapat juga pembaharuan di sekolah ini iaitu pondok-pondok rehat bagi kegunaan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
Smk Ungku Husin juga mempunyai banyak pembaharuan bangunan,dan landskap.
Antaranya adalah:
# pembinaan taman berdekatan dengan kantin sekolah.Smk Ungku Husin telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Bekas Setiausaha Pelajaran Negara.






SMK Ungku Husin pernah memenangi beberapa anugerah peringkat Daerah Mersing iaitu:
@Sekolah Harapan Bahagian Menengah 1991
@Sekolah Menengah Cantik Minggu Alam Sekitar 1992
@Sekolah Cemerlang SRP 1992
@Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah 1994 dan 1996.
@Pada tahun 2002, sekolah ini menerima anugerah Sekolah Cemerlang PMR.
@Sekolah ini juga terkenal dalam bidang kokurikulum terutamanya:
*Bidang sukan bola tampar
*ragbi *bola jaring
@ Selain itu,sejarah yang lain pula ialah aktiviti rekreasi yang telah disertai oleh pelajar dan kakitangan SMKUH......
# Kembara berbasikal sempena kemerdekaan 2008
# Majlis Jamuan Makan pelbagai kaum

Sekolah ini juga mula amat terkenal apabila Pasukan Kadet Pertahanan Awam telah menubuhkan Pasukan Skuad Elit dimana mereka menyertai pertandingan kawad ,pertolongan cemas,dan perkhemahan JPA3.

Pasukan Kawad kaki Kadet Pertahanan Awam SMKUH telah menjadi johan peringkat Daerah Mersing dan Negeri Johor. Bagi pertandingan kawad kaki majoriti adalah peserta dari Smk Ungku Husin dimana mereka telah mewakili Negeri ke Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ulu Bendol, Negeri Sembilan dan menduduki antara 5 pasukan terbaik.
Sekolah Ungku Husin juga menjadi penempatan banjir pada tahun 2007 apabila sebahagian penduduk di Mukim Endau dilanda banjir. Mangsa banjir adalah sekitar 1083. Mangsa yang terlibat juga terdiri daripada pelajar sekolah ini sendiri,warga tua,dan kanak-kanak. Antara kampung yang terlibat dengan bencana banjir ini dan ditempatkan disini adalah Kg. Hubong, Kg. Air Tawar, Kg. Tanjung. Jalan Bulang,Labong, Bukit Pasir. Sekolah ini juga telah menjadi pusat pengagihan bantuan banjir yang berbentuk kewangan.
Padang sekolah ini juga telah dibaik pulih pada akhir tahun 2006 dan telah siap sepenuhnya pada akhir tahun 2008.
Pada akhir tahun 2007 pengetua Smk Ungku Husin Encik Chua Chor Sang telah ditukarkan ke sekolah lain dan telah diambil alih oleh Cik Hajjah Zubedah Binti Othman.